where the engineering course i take

where the engineering course i take

Ahad, 26 Jun 2011

Jalan2 di Guangzhou (Part 1)

Assalamualaikum...huhu...dalam blog saya kali ini..saya nak kongsi sedikit tentang pengalaman saya bercuti di Guangzhou baru2 ini.. Jadi diharapkan dapat la beri sedikit maklumat kepada sesiapa yang berhajat atau bakal bercuti ke Guangzhou. Kalau korang semua nak tahu..Guangzhou ni boleh dikatakan sebagai syurga untuk sesiapa yang nak bussiness. Nak tahu kenapa??? Jom ikuti pengalaman saya..cheewaahh....

Hari Pertama
* Masjid Saad Abi Waqqas (Sahabat Rasulullah)
  Ini adalah destinasi kami yang pertama sebaik tiba di China. Masa tu jam lebih kurang 10 pagi. Lebih kurang pukul 9 lebih, kami bertolak dari hotel terus ke sini. Hihi.. kami jalan kaki je tau nak ke sini sebab ayah cakap, pagi2 elok exercise. Lagipun, tak jauh manepun..

Pintu masuk ke Masjid Saad Abi Waqqas
 Pemandangan masjid dari jauh
 Makam sahabat Rasulullah.. Al-Fatihah...
 Air Telaga Shabi...
 Pemandangan berlatar belakangkan Pasar Tani orang Muslim
- Untuk ke masjid tadi, kita mesti melalui pasar tani ni. Pasar tani ni hanya ada pada pagi Jumaat sahaja. Semua peniaga2 disini adalah muslim. Jadi, tak perlu ragu2 kalau nak mencuba makanan di sini. ^_^
 Antara yang dijual di pasar tani ni adalah kebab, buah-buahan, sejadah dan lain2 lagila. Peniaga dari Arab pun ada jugak..

* Restoran Al - Madinah
Untuk makan tengahari, kami menjamu selera di restoran ini. Restoran ni menghidangkan masakan Arab. Restoran ni terletak di sebuah kawasan berdekatan dengan kasut crocs  . Jadi, untuk ke sana..perlu amek teksi tau. Sebabnya, tempat ni agak jauh dari masjid tadi. Kalau nak ikutkan mase tu masih terlalu awal nak makan tengahari sebab baru pukul 11 pagi. Tapi, memikirkan lepas ni nak pergi shopping jadi kami pun menjamu selera dulu. Lokasi restoran ni adalah juga lokasi tempat kami beli belah nanti dan ini adalah satu2nya restoran halal yang menghidangkan masakan Arab. Sebuah lagi restoran halal, adalah restoran Cina.
 Capati dan kuah daging.
-Sebenarnya kuah daging ni ada nama dia.. tapi saya lupa pulak..Rasa dia sangat sedap tau.. Ada pedas2 sikit..
Nasi Arab Ayam
Pesanan untuk yang makan sikit tu.. baik kongsi nasi ni.. Serious banyak. Kalau makan sorang2 tak larat nak habis. Famili saya order 2 je.. Tu pun kongsi2.. 1 pinggan..kongsi untuk 2 orang makan. Rasanya pulak..sangat sedap...

* Kawasan Crocs
Berdekatan dengan restoran tadi, ada sederet kedai yang menjual kasut crocs. Bagi peminat kasut crocs, jangan lupa singgah ..huhu.. Harga pulak jangan lupa tawar. Selalunya, peniaga akan letak harga tinggi sebab biasa la..da tau kita ni pelancong kan??hihi..

*Kedai Kasut
Kedai kasut yang saya maksudkan ni adalah kasut sukan.. Tak kisahla kasut sukan jenis ape.. Macam2.. Kat sini selalunye peniaga jual secara bundle. Jadi kalau nak beli sepasang je, kene tengok kat display ada sepasang tak.. Takpun korang tanya.. Biasala, diorang ni jual secara pukal sebab dapat lebih  untung..huhu
Ni dalam kedai peralatan sukan badminton..
 Ni kedai kasut sporties tempat beli kasut futsal Alang.. Kedai ni dalam sebuah supermarket dan semua kedai dalam supermarket ni jual pelbagai jenis kasut. Lagi satu, ni adalah salah sebuah kedai kasut yang boleh dibeli tanpa secara 'bundle'  
Kasut ni sangat pelik..sebab kalau kita pakai pun macam tak perlu pakai jer..haha.. Saya terus amik gambar bile nampak kasut ni..hehe
Kalau korang semua malas nak masuk supermarket tadi, kat luar supermarket ni pun ada jual jugak tau..  Lebih kurang cam style bundle la kat Malaysiala cume yang ni..semuanya baru!! 

*Barang2 lain di sekitar kawasan kasut
Selain kasut, ada juga barang2 lain yang boleh korang beli. Terutamanya, di kawasan yang nak menuju ke bazar kasut tadi. Antaranya:

Di sini, korang boleh beli baju sama ada wanita atau lelaki, seluar jeans, tali pinggang, dompet dan macam2 lagilah. huhu..saya sangat geram dengan pelbagai jenis dan rekaan jeans yang dijual kat sini. Nak beli satu atau dua tak boleh sebab kene beli banyak2. Nak tau kenape?? Sebab fiting room untuk mencuba x de...  Tapikan, saya tak terkilan pun tak dapat beli. Sebab kebanyakan design adalah not my taste.. Semua jenis kaki kecik kat bawah!!
HAIBO adalah salah satu nama jenama jam buatan China. Kedai ni terletak dalam sebuah kompleks di mana semua kedai di dalamnya menjual jam. Kedai jam ni agak eksklusif sebab hanya kedai ni je jam2 dipamerkan dalam cermin tertutup. Surat waranti pun ada tau. Buatannya sangat kemas.
Ni yang saya sempat amik gambar secara tak sengaja ..hehe
Kedai cermin mata, kedai 'wallet', kedai topi, kedai tali leher, semua ada.. Yang penting kene rajin explore dan jangan lupe mintak kurang kalau dah berkenan tu.huhu..
badminton ni, ada orang pesan kat ayah saya... Harga berpatutan dengan kualitinya..
T-shirt Calvin, Levis dan baju berkolar..
Harga untuk kedua2 jenis T-shirt ni adalah 2 kali atau 3 kali ganda lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia. Kainnya pulak sangat lembut. Lembut macam T-shirt simple Calvin yang adik saya beli di Malaysia dengan harga RM80. Terus terang, T-shirt kat sane lebih cantik dan jauh lebih murah harganya. Jadi, sape yang minat T-shirt tu..kalau datang sini ..jangan lupe beli banyak2. Hehe..boleh jual dengan kawan2.. =p

Antara barang2 yang boleh dibeli di sana..

huhuhu..menarik tak?? Dalam post yang akan datang..saya akan ceritakan lain2 lagi tempat yang memang menarik untuk kamu2 membeli belah..Nantikan post saya yang seterusnya ye..:)

14 ulasan:

  1. salam, adik ke guangzhou sendiri or dgn agent? blh bagitau hotel mana adik dok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam....maaf ye lambat reply...waktu ni sy & keluarga pergi tanpa ejen kerana sblm tu ayah pernah pergi dgn kawan y mana kawannya ada menyediakn perkhidmatan u "tour guide" ... nama hotel tempat kami menginap ialah Clicia Hotel

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. salam...nk tanya..saya nk g sana ujung bln ni...kawasan yg akak g ni nama apa yea..mcm menarik je..retoran madinah tu dekat ke dgn kawasan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam...kawasan ni klu nak pergi boleh beritahu pemandu teksi dgn sebut "CROCS" ..em restoran madinah tu pula tidak jauh dari kawasan kasut ni cume perlu berjalan kaki sedit sahaja... maaf lambat reply ye...

      Padam
  5. salam, nk tanya, stay kt hotel mana yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam..kami menginap di cilivia otel...maaf lambat reply..

      Padam
  6. Dik nk tnye, kedai badminton tu kat mn? Name tempat pe ye?

    BalasPadam
  7. Dik nk tnye,kat mn nk bli kain yg pling murah n byk choice?

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk badminton... kedainya berdekatan dgn kasut crocs.. cume perlu masuk sebuah bangunan y mane bangunannya macam bangunan pertama kat kl..maaf saya tak pergi kaw. kain mase ni.. ayah sy pergi.. kami tak pergi sebab x sempat... maaf ye... =)

      Padam
  8. cik nak minta tolong leh tak, bagi alamat tempat jual kasut sukan dgn kasut croc tu. saya akan pergi china pada 11june ni.kalau dpt tgl msg kat no saya kalau boleh
    0133462246

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...nak Tanya...barang2 sukan Ada tak baju2,seluar sukan semua???

    BalasPadam
  10. kedai kasut sukan dan raket tu kat area mana?

    BalasPadam