where the engineering course i take

where the engineering course i take

Jumaat, 5 Ogos 2011

Resepi Pai Epal

Assalamualaikum...
hari ni saya nak kongsi resepi buat pai epal..
Resepinya saya ambil daripada sebuah majalah masakan di rumah saya..
macam biasa..ni adalah lebihan epal yang saya gunakan lepas buat pai epal goreng tempoh hari..
Bahan2 inti:
50gm kismis (saya tak letak pun sebab semua orang rumah tak minat)
100gm tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
50gm gula kastor
150ml air
6biji epal hijau
sedikit serbuk kayu manis (kalau nak rasa lebih..boleh tambah lebih lagi)
Bahan2 kulit pai:
250gm tepung gandum
110gm mentega
75gm gula aising(saya guna 50gm je)
1 biji telur
Cara2nya:
1.Untuk membuat inti, didihkan semua bahan kecuali tepung
2.Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga adunan masak dan pekat. Kemudian, ketepikan
3.Untuk membuat kulit, adun semua bahan hingga menjadi doh. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Kemudian, canaikan doh setebal 0.5sm. Buat dua keping. Kepingan pertama
masukkan ke dalam acuan pai dan tekankan.
5.Bubuh inti dalam acuan pai tadi dan tutup dengan kepingan yang kedua
6.Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C selama 30 minit atau hingga masak
hasil yang saya dapat setelah dipotong2..

2 ulasan:

  1. nampak menarik n sedap je... leh try resepi ni...TQ

    BalasPadam
  2. boleh akak..silakan..nnt akak upload dlm entry akak tau..nak tengok..^_^

    BalasPadam